“Macam dah tahu” Netizen dedah post terakhir Dato Johari sebelum terkorban nahas..

Sebentar tadi, dilaporkan seorang penunggang motosikal dipercayai maut selepas sebuah pesawat ringan di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie sehingga menggemparkan ramai.

EXCO Kerajaan Negeri antara mangsa terlibat dalam nahas pesawat ringan‼️

Seorang exco kerajaan negeri dipercayai antara salah seorang daripada sepuluh mangsa nahas pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16.

Sumber Utusan Malaysia berkata, individu kenamaan itu merupakan salah seorang daripada enam penumpang yang menaiki pesawat berkenaan tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut sama ada individu berkenaan ada menaiki pesawat itu atau tidak. Namun namanya ada dalam senarai penumpang.

Mereka mangsa terlibat terdiri lapan penumpang pesawat ringan termasuk juruterbang, selain dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal dan kereta.

Sumber:Utusan Online

Malah, beberapa foto dan gambar mengenai insiden malang bertebaran di media sosial dan difahamkan pesawat dipercayai dari model Fouga CM-170 Magister berlepas dari Langkawi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Subang.

Saksi nampak pesawat senget sebelum dengar bunyi dentuman
Memetik laporan Harian Metro, saksi kejadian pesawat ringan terhempas itu mengatakan dia menyedari pesawat berkenaan dalam keadaan sengat sebelum mendengar bunyi dentuman kuat.

“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget, namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,”ujarnya.

Pesawat dah berkecai, ada orang terbakar rentung
Saksi dikenali Syahmi, 31 berkata, dia dalam perjalanan untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.

Namun, tidak menyangka apabila melihat sebuah pesawat sudah berkecai sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, selain kelihatan seseorang dalam keadaan terbakar rentung.

“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.
“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu dan memberitahu pesawat itu terjunam dan berlanggar dengan motosikal.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin), X (search Elmina)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*