Penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati bernama Rania Al Sadat sudah berakhir pada Mac lalu.
Ketika ditemui OhBulan!, Sufian, 32, berkata keputusan tersebut dibuat secara bersama oleh kedua-dua belah pihak selain menyatakan cincin risik juga sudah dipulangkan.
Kata penyanyi itu, dia menganggap tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut pada tahun ini.
Kami masih berkawan dan tiada isu antara satu sama lain. Cuma hubungan merisik itu sudah tiada dah. Cincin risik juga sudah dipulangkan. Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam.
Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.
Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan.
Tiada satu penyesalan pun. Siapa tahu jodoh di tangan Tuhan kemungkinan kita akan bahagia bersama-sama kami pun tak tahu.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production yang diadakan di Geno Hotel, Subang Jaya, pada Isnin.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Dimatamu menegaskan hubungan cintanya dengan wanita itu bukan hanya sekadar konten untuk dia kekal relevan dalam industri.
Siapa yang cakap percintaan saya ini konten semata-mata tak baiklah. Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi.
Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai teknik pemasaran atau cara kekal relevan dalam industri. Tak pernah terlintas dan takkan buat.
Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Sufian sudah putus cinta dengan Rania apabila mereka tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Imbas kembali, pada Oktober tahun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.
Video
@ohbulanofficial Penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan hubungan cinta dengan kekasih hati bernama Rania Al Sadat sudah berakhir pada Mac lalu. #ohbulan #sembangentertainment #sufiansuhaimi #putus #cinta
Leave a Reply