Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri, Pernah Minta Alamat Konon Nak Ambil Produk

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila sebahagian barang kemas dan peti besi yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta berjaya ditemui semalam.

Difahamkan, barang rompakan yang disorok ditemui di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

Jelas Kak KM, dia ada di rumah ketika anggota polis datang untuk memberitahu berita tersebut. Pihak polis siap menunjukkan bukti gambar dan dia hanya mampu menangis.

Betul orang cakap, kalau rezeki kita halal, memang akan dapat balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam sekejap dan pulangkan semula.

Paling mengejutkan apabila usahawan ini mendedahkan suspek merupakan pengikut media sosialnya dan tahu perkembangan dirinya.

Dia pernah minta alamat, konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk.

Disebabkan itu, Kak KM mengambil pengajaran tidak akan mudah mempercayai orang lain dan akan meningkatkan kawalan keselamatan rumah.

Pengajaran kedua, kena lebih tingkatkan keselamatan di rumah. Walaupun ada CCTV, tapi penjenayah tetap boleh lakukan kegiatan jenayah mereka.

Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini juga bercadang untuk pindah rumah kerana merasakan tidak selamat tinggal di situ.

Kredit: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*