“Ya dia aktor & businessman Indonesia” Baru sj Cerai.. Puteri Sarah Umum berita gembira..

PelKON Puteri Sarah Liyana tampil menjawab mengenai perkongsian foto memaparkan tangan seorang lelaki yang dimuat naik di Instastory, baru-baru ni.

Menurut Puteri Sarah atau Puteri Liyana Megat Kamaruddin, 38, individu berkenaan merupakan rakan perniagaannya yang juga aktor dari Indonesia bernama Andi Arsyil Rahman.

Jelas Puteri Sarah, pertemuannya dengan pemuda berkenaan hanya atas urusan perniagaan semata-mata.

Setiap perkongsian Puteri Sarah pasti menjadi perhatian ramai.

“Saya pergi Jakarta sebab ada penggambaran tapi sekarang ada masalah sikit dan ditundakan. Dalam masa yang sama saya pun buat perniagaan.

“Dia merupakan pelakon Indonesia tetapi sekarang dia beri fokus terhadap perniagaannya. Kebetulan kami minat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan antaranya produk penjagaan wajah dan tudung dihasilkan.

“Saya rancang buka perniagaan di Malaysia, dan lebarkan sayap di Singapura dan Brunei… jadi dia adalah rakan perniagaan saya,” katanya kepada mStar.

Sarah ditemui semasa sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib yang diadakan di Glass House, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu pertemuan mereka itu turut ditemani oleh pengurus dan anak-anak.

Malah, bekas isteri pengarah Syamsul Yusof ini turut memaklumkan aktor itu masih bujang dan belum berkahwin.

Kami selesa berkawan sebagai rakan sekerja. Kita sama-sama buat bisnes. Sama-sama sokong

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Takkan saya nak kejar orang punya.

“Kami selesa berkawan sebagai rakan sekerja. Kita sama-sama buat bisnes. Sama-sama sokong,” ujarnya.
sarah 3

Puteri Sarah bakal terlibat dalam pementasan teater Pak Pandir dan Labu Ajaib.

Pada Isnin lalu, nama Puteri Sarah kembali hangat di media sosial selepas memuat naik gambar tangan seorang lelaki di akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut telah mengundang perbincangan hangat apabila ramai membuat andaian itu merupakan kekasih baharu Puteri Sarah.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*