“Sy tak nak ambil tahu urusan mereka..”- Akhirnya Shila Amzah Nekad Buat Keputusan Ini

KUALA LUMPUR: “Yang berkahwin mereka berdua. Jadi, saya tidak tahu dan tidak mengambil tahu urusan mereka.”

Demikian jawapan penyanyi, Shila Amzah mengenai kemelut melanda rumah tangga ibu dan bapanya, Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang didakwa dalam ambang perceraian

Sekiranya hubungan mereka bermasalah, sudah tentu kata Sheila, borang perkahwinan dengan bakal suami, Ubai tidak akan dapat dilengkapkan.

“Borang saya sudah siap, maknanya mereka masih lagi bersama.

“Kita kena tunggu tetapi itulah statusnya secara rasmi,” katanya selepas sidang akhbar konsert Rockmantic Night Judika and The Gang di Pavilion, di sini, kelmarin.

Meskipun timbul banyak salah faham, penyanyi lagu Patah Seribu ini berkata, bapanya tetap hadir ketika majlis pertunangan demi hubungan kekeluargaan, sebelum ini.

“Masa nikah nanti pun, dia sudah tandatangan borangnya, dia juga adalah wali saya.

“Tidak mungkin wali hakim. Apa yang berlaku, saya anggap sebagai asam garam kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu, hubungan ND Lala dan isteri kecoh diperkatakan selepas Fauziah mendedahkan wajah madunya, Datin Siti Munirah Abd. Ghani dalam Instagram.

Susulan itu, timbul desas-desus kononnya Fauziah sudah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada 3 April lalu.

Dalam masa sama, Shila memberi bayangan bakal bernikah dengan Ubai pada Ogos depan, setelah segala persiapan sudah dilaksanakan.

Bagaimanapun, tarikh pernikahan pasangan itu hanya akan diumumkan selepas ibu Ubai, Rohani Jamal yang menghidap kanser ovari tahap empat keluar hospital

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*