“Jika anak2 ada bapa baru, saya terima” -Syamsul d0akan Sarah temui lelaki baik

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof telah mengakui bahawa hubungannya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana akan kekal sebagai sahabat baik dan sentiasa mendoakan supaya selebriti berkenaan bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membahagiakannya.

Sarah tetap ibu kepada anak2

Memetik laporan dari Berita Harian, Syamsul dan Sarah yang ditemui selepas sah bercerai tengahari tadi memaklumkan bahawa perpisahan ini bukan pengakhiran hubungan mereka kerana tetap saling berkomunikasi terutamanya demi anak-anak.

“Ikatan kami akan kekal demi anak-anak. Apa yang boleh bantu, saya akan tolong kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya.

Syamsul terima jika anak2 ada bapa baru

Ujar pengarah filem The Original Gangster itu, dia mahu bekas isteri dan anak-anak mereka mengecapi kebahagiaan serta memulakan hidup baharu.

Walaupun bukan bergelar suami isteri, saya tetap berharap Puteri Sarah bertemu lelaki yang boleh menjaganya dengan baik.

“Saya doakan Puteri Sarah temui kebahagiaan. Saya harap dia bertemu jodoh dengan seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya.

“Jika anak-anak ada bapa baharu, saya juga akan terima,” katanya.

Sekitar jam 12.25 tengahari 14 Jun 2023, Syamsul telah melafazkan talak satu kepada Puteri Sarah Liyana di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas. Tindakan tersebut dilakukan selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sumber: BH/OMM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.