Tahu Diri Dikecam Sebab Pakaian, Ini Kata-Kata Pelakon Yasmin Hani Supaya Netizen Faham

Kuala Lumpur – Pelakon dan pengacara Yasmin Hani tidak mengambil pusing dengan kutukan dilemparkan netizen terhadapnya susulan memuat naik foto berpakaian sksi di Instagram miliknya.

Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, menjelaskan dia tidak boleh menutup mulut orang lain daripada berkata-kata sebaliknya cukup sekadar keluarga yang memahami sebarang tindak tanduknya.

Kalau kita kisah dengan apa orang cakap, kita tak boleh hidup. Paling penting, keluarga dan orang sekeliling kita okay, kita tahu apa yang kita buat dan its fine.

Apa sahaja yang kita buat, orang tetap akan mengata. Kita tak boleh nak tutup mulut orang lain.

Masih Tahu Batas Berpakaian

Kalau mereka nampak benda baik maka baiklah jadinya tapi kalau pilih untuk lihat sesuatu perkara itu negatif, tak baiklah jadinya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Yasmin mengulas mengenai tindakannya memuat naik foto menggayakan baju berwarna ungu ketat yang dipadankan dengan celana putih pendek tanpa dikancing butangnya.

Foto berkenaan menjadi sorotan netizen yang menegur Yasmin berpakaian sksi dan tidak sesuai dengan dirinya yang berstatus ibu kepada dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Yasmin menegaskan meskipun teruk dikecam namun dia sedar batas dalam berpakaian selain hanya mahu menjadi diri sendiri.

Kata aktres itu lagi, definisi sksi berbeza menurut pandangan setiap individu dan tidak mahu menjadi seorang yang berpura-pura.

Sebenarnya sejak dulu orang bercakap fasal ini. Saya dah lama dalam industri dan sudah terbiasa berdepan situasi seperti ini.

Saya pun bukan berbikini kalau pakai baju renang pun saya tetap pakai seluar. Bagi saya ini benda biasa sebab pakaian harian saya kalau di rumah pun berseluar pendek.

Sesetengah orang ada pakai tudung tapi nampak leher. Ada pula pakai tudung tapi baju ketat nampak juga bentuk badan.

“Jadi setiap orang ada limit masing-masing,” jelasnya.

Yasmin bagaimanapun tidak kisah jika ada ingin memberi teguran namun biarlah menggunakan cara yang betul dan bukannya memaki hamun.

Jelas pelakon filem Duyung ini, demi menjaga emosi dan kesihatan mentalnya, dia mengambil langkah memadam setiap komen negatif yang ditulis netizen.

Saya ada nampak komen-komen negatif di media sosial tapi bagi saya kalau nak menegur biar dengan cara baik.

Ada saja yang DM saya tegur dengan baik dan saya balas mengucapkan terima kasih, siap beri emoji love lagi saya hargai teguran mereka.

“Saya hanya mahu hidup saya dikelilingi dengan perkara positif. Siapa yang komen negatif di media sosial saya akan padam.Habis cerita,” katanya.

Kredit : Mstar/IG

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*