“Macam mana ada selera nk makan situ” – netlzen geIi bila pelanggan tunjuk ni

CERITA tentang seorang peniaga ikan bakar di
Perlis yang didakwa bersikap biadab terhadap pelanggan terus mendapat perhatian ramai. Terbaharu seorang individu tampil mempersoalkan pula mengenai tahap kebersihan di premis makanan tersebut.

Menerusi satu perkongsian, seorang wanita

berkongsi pengalaman menjamu selera di gerai berkenaan dengan menunjukkan keadaan mangkuk cendol yang digunakan untuk dihidang kepada pelanggan. Mana tidaknya, mangkuk itu kelihatan berdaki atau seperti lusuh akibat warna terhakis kerana sudah lama digunakan.

Rakaman berdurasi 12 saat yang pada mulanya menunjukkan keadaan mangkuk di atas meja kemudian beralih ke arah gerai tersebut di seberang jalan.

Dia bagaimanapun tidak berani menegur mengenai mangkuk yang diberi kepadanya kerana bimbang akan mengalami nasib yang seperti pelanggan lain yang pernah dimaki.

“Tak mahu cakap apa. Sat lagi tegur kena marah pula,” tulisnya secara ringkas. Video itu meraih lebih tiga juta tontonan di TkTok dan segelintir netizen terkejut menyaksikan rakaman tersebut.

“Tu dia… mangkuk makanan kucing aku lawa dan bersih. Ni nak bagi makan kat orang. “Macam mana hanga boleh makan kat situ? Tengok mangkuk tu pun dah seram,” komen netizen.

Terdahulu, seorang pelanggan wanita meluahkan rasa kesal dan bertindak menegur peniaga di kedai berkenaan agar melayan pelanggan dengan baik. Berang ditegur, peniaga wanita itu datang ke arah sekumpulan pelanggan di meja makan dan mencampakkan duit sebelum menengking mereka.

“Hang anak dara lagi but perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang.

“Setakat RM8 hang ni aku tak hairan, pelanggan aku ramai lagi. Hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam,” kata peniaga tersebut dengan nada menengking. Susulan video yang tular, nampakya bukan pelanggan wanita berkenaan dan rakan-rakannya sahaja mengalami nasib seperti itu.

Menerusi semakan di enjin carian Google, ia mendedahkan gerai tersebut sering menerima review rendah daripada pelanggan. Kebanyakan maklum balas negatif sejak beberapa bulan lalu tertumpu kepada sikap dan layanan peniaga termasuk servis yang kurang memuaskan.

Sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*