Berhijrah ke Malaysia pada tahun 2004, siapa sangka Datuk Aaron Aziz berjaya menempah nama di Malaysia sebagai pelakon yang cukup terkenal. Daripada peranan sampingan sampailah diberi kepercayaan menyandang watak utama dalam filem atau drama, kini pelakon kelahiran Singapura ini sudah meraih lebih 3 juta pengikut di Instagram.
Orang cakap abang artis, artis ke? Pelakon cerita apa? Jap tanya bini aku.. VIDEO BAWAH SEKALI…
Baru-baru ini, video siaran langsung TikTok Datuk Aaron dan seorang lelaki telah menjadi tular sekali gus cukup menghiburkan ramai. Tidak pasti bagaimana tercetusnya idea untuk melakukan live bersama, namun rupanya lelaki berkenaan tidak tahu sebenarnya Datuk Aaron adalah seorang selebriti terkenal. Bukan sahaja tidak pernah saksikan filem fenomena berjudul ‘KL Gangster’, bahkan si isteri berkata suaminya memang bukan jenis menonton televisyen.
Sekarang ni hutang kau 2 bulan bila kau nak bayar, kau cakap kat aku!
Lucunya, interaksi mereka berterusan sehingga ke babak-babak melakonkan situasi tertentu. Walaupun baru kenal, lelaki itu santai menggunakan dialog keras untuk memarahi Aaron Aziz. Aktor itu juga spontan melayani ‘lakonan’ tersebut namun sempat membuat wajah berkerut-kerut kerana lelaki itu sering menukar-nukar situasi.
Aku tak fahamlah…Apa kau cakap ni
Daripada karakter peminta hutang sampailah kepada pegawai polis, Datuk Aaron terus menyesuaikan dialog dengan perjalanan lakonan. Video mereka nyata mendapat respon positif daripada netizen sehingga berjaya meraih jutaan jumlah tontonan sejak dikongsikan dari semalam.
VIDEO:
Kredit : TikTok hananisyafidaus
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply