Kini makin ramai bekas penuntut upnm tampil selepas diasak soal netlzen, Ini sebenar yg terjadi di malam kejadian

Selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap 6 orang bekas penuntut UPNM, ramai netizen dapat mengakses dokumen lengkap prosiding mahkamah dan perincian yang berlaku kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain dalam kejadian pilu yang berlaku 7 tahun lalu. Begitu banyak ketidakpuashatian dirasai oleh para pembaca. Mengapa bomoh dan warden tidak dikenakan hukuman? Di mana keberadaan komputer riba yang katanya dicuri? Siapa pula pencuri yang sebenar?

“Takde ke yang selamatkan Allahyarham?” – Netizen
Di aplikasi X, seorang netizen turut mempersoalkan di manakah peranan penuntut-penuntut lain sewaktu kejadian itu berlaku? Mengapa seakan tiada yang membantu Allahyarham? Akhirnya, seorang bekas pelajar UPNM menerusi akaun @Pokley tampil berkongsikan ‘sisi lain’ yang mungkin belum pernah diceritakan oleh sesiapa.

Rahsia disimpan sebaik mungkin…Mereka senior dari battalion lain
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Zulfarhan telah ‘dianiaya’ teruk pada tanggal 21 & 22 Mei 2017. Jelas Pokjey, dia bersama penuntut lain ketika itu memang tidak tahu langsung mengenai penganiayaan yang berlaku.

Hanya selepas beberapa hari berlalu iaitu setelah Ramadan tiba, barulah perkara itu diketahui mereka semua.

Dalam jam 3-4 pagi, banyak lampu liplap merah biru konvoi datang
Ketika sedang moreh, mereka semua tiba-tiba diarahkan untuk berbaris bermula dari jam 9.30 malam sampailah ke waktu sahur. Sekitar jam 3-4 pagi, barulah kelibat 6 OKT berkenaan kelihatan dan terdapat berbelas-belas orang turut dipanggil menaiki blok asrama tersebut.

Berikut antara jawapan balas Pokley terhadap beberapa pertanyaan netizen di ruangan komen :

KREDIT : X Pokley

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*