Buat kontent ‘usik’ bekas madu, Setepek Puteri Sarah ditegur kaunselor terkenal, memang pedas ayat dia.

Seorang kaunselor yang dikenali sebagai Redzuan tampil memberi teguran buat pelakon Puteri Sarah Liyana di TiKTok gara-gara perlakuan ‘mengusik’ aktres itu terhadap isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar.

Video itu kemudiannya dipadam dan telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Kata Redzuan, Puteri Sarah menunjukkan akhlak yang tidak baik kerana sering mengusik bekas madu, Ira Kazar dan bekas suami, Syamsul Yusof ketika melakukan ‘live’.

@norainibasre

#binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #najeehahhq #minyakanginrollon #aromatherapy #puterisarahliyana #pakpandirdanlabuajaib #lumier #partnerbisnes #perfectmatch #andiarsyil

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Kita artis kena bagi orang faham mesej akhlak kita. Kita nak sampaikan konten untuk apa? Konten itu seolah cuba menghancurkan rumah tangga yang sedang terbina. Adakah kita nak balas dendam? Saya harap Puteri Sarah faham maksud saya ini.

Ujarnya lagi, dia ada menasihati Puteri Sarah secara peribadi dengan menghantar mesej di media sosial setelah ditegur netizen gara-gara teguran secara terbuka itu.

Ramai yang mengatakan kenapa tidak personal? Kenapa masuk campur? Ini adalah urusan campur tangan dan ramai peminat Puteri Sarah suruh saya buat konten untuk Ira Kazar.

Saya minta maaf atas video itu. Niat saya berbeza tetapi apabila saya kaji semula, bila satu nasihat itu disampaikan kepada umum dan mungkin mereka tidak menerima, salah faham jadi sudah tidak harmoni.

Redzuan juga menafikan dia ingin menyibuk dengan urusan Puteri Sarah dan mengakui dia adalah salah seorang peminat aktres itu.

Buat apa saya nak buat konten Ira Kazar? Saya tidak mendalami dan mengenali dia. Saya hanya mengikuti Puteri Sarah. Melihat kerjaya saya, adakah saya ini menyibuk? Saya banyak kerja yang lain.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*