[VIDEO] “Ibu, Ayash datang ni. Kami terlalu rindu ibu dari hari pertama, hari ini dan selamanya..”

Pemergian penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah kira-kira tiga tahun lalu memberi kesan yang mendalam terhadap setiap ahli keluarga dan peminat-peminatnya.

Terbaru, suami kepada arwah iaitu Shuib membawa anak-anaknya menziarahi pusara ibu kandung mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Shuib bersama ibu, isterinya, Watie Hanifiah serta anak-anaknya iaitu Ariq Matin dan Ayash Affan menziarahi kubur arwah Sarah.

Paling meruntun perasaan apabila anak bongsu Shuib iaitu Ayash yang berusia 2 tahun menyentuh batu nisan arwah ibunya.

“Ibu, Ayash datang ni. Kami terlalu rindu ibu dari hari pertama, hari ini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yang paling indah. Amin”.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen tersebut selain turut mendoakan agar arwah Sarah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dalam pada itu, mereka juga memuji sikap Watie yang disifatkan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya.

“Ayash satu-satunya anak arwah yang tak sempat didodoi mahu pun disusukan arwah. Semoga bersatu kalian di syurga”.

“Tengok Ayash auto sedih sebab dia tak sempat tengok ibu dia”.

“Tak kenal Watie, tapi jadi suka dan sayang pula dengan dia. MasyaAllah, baiknya Watie ni.”

“Bagusnya Watie ni, beruntung Shuib dapat Watie yang faham. Semoga sentiasa dimewahkan rezki sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan Shuib sekeluarga.”

@shuibsepahtu

Ibu,AYASH datang ni ❤️ Kami terlalu Rindu Ibu,dari hari pertama,harini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yg paling Indah.Amin 🥰 @Siti sarah raissuddin @Watie Hanifiah #Shuib #AyashAffan #SitiSarah #Watie

♬ suara asli – Tami Aulia Cover – TAMI AULIYA

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

sumber: ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*