
Abang Tesla sekali lagi dikecam netizen selepas memuat naik konten video bersama isteri pertamanya, Nurmajdina di Instagram.
Dalam rakaman tersebut, Abang Tesla bersama isterinya pergi ke sebuah restoran yang menyediakan makanan popular pantai timur dan menghina budu.
Nurmajdina dalam video berkenaan kononnya mengajak Abang Tesla untuk mencuba makanan tersebut meskipun suaminya sudah menyatakan tidak menggemari budu.
Apa yang menimbulkan kurang senang netizen adalah bahasa yang digunakan Abang Tesla untuk memanggil isterinya dengan perkataan ‘kau, aku’.
Rata-rata netizen menyelar tindakan pempengaruh berasal dari Johor itu dengan menyifatkan dia bersikap biadap dan tidak menghormati isterinya.
Walaupun hanya konten Abang Tesla seharusnya bersifat lebih sensitif untuk menjaga hati isterinya itu. Malah, ada juga segelintir yang menyifatkan konten berkenaan sebagai ‘sampah’.
Terdahulu, nama Abang Tesla kecoh menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah.
Nama pempengaruh media sosial sensasi iaitu Abang Tesla sekali lagi dikecam netizen selepas memuat naik konten video bersama isteri pertamanya, Nurmajdina di Instagram.
Konten sampah
Nurmajdina dalam video berkenaan kononnya mengajak Abang Tesla untuk mencuba makanan tersebut meskipun suaminya sudah menyatakan tidak menggemari budu.
Bagaimanapun, apa yang mengundang rasa kurang senang netizen adalah bahasa yang digunakan Abang Tesla untuk memanggil isterinya dengan perkataan ‘kau, aku’.
Biadap
Menerusi sepotong video yang dikongsikan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam bersama isterinya pergi ke sebuah restauran yang menyediakan makanan popular pantai timur iaitu budu.
Rata-rata netizen menyelar tindakan pempengaruh berasal dari Johor itu dengan menyifatkan dia bersikap biadap dan tidak menghormati isterinya.
Kata netizen, meskipun ia sekadar konten, Abang Tesla seharusnya bersifat lebih sensitif untuk menjaga hati isterinya itu. Malah, ada juga segelintir yang menyifatkan konten berkenaan sebagai ‘sampah’.
Terdahulu, nama Abang Tesla kecoh menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah.
Sumber: IG
Leave a Reply