Hmm.. nanti dah besor, nak kerja, boleh la bawak sijil ni pi interview kan. Keberanian Aafiyah Memang Tak Diragui

Anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid menerima sijil pengiktirafan daripada Habib Jewels selepas menindik telinganya.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pembekal emas itu di laman Facebook rasmi memaparkan Aafiyah berdiri sambil memegang sijil di samping Siti Nurhaliza.

Aafiyah Berani Tindik Telinga

Difahamkan, sijil itu diberikan sebagai pengiktirafan untuk Aafiyah yang berani menindik telinganya semasa sesi itu dilakukan baru-baru ini.

“Keberanian Aafiyah semasa sesi menindik telinga menunjukkan betapa hebatnya si kecil ini.

“Ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana sudi berkongsi saat istimewa ini bersama kami,” tulis Habib.

Malu-Malu, Tokti Bangga Aafiyah Buat Persembahan Piano

Sebelum ini, Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti meluahkan rasa bangga dan teruja apabila anak sulungnya, Aafiyah Khalid membuat persembahan bermain piano di hadapan khalayak ramai

Beliau dalam satu perkongsiannya di Instagram berasa bangga dengan pencapaian anaknya kerana berani membuat persembahan tersebut

Biarpun Aafiyah dilihat malu untuk melakukan persembahan itu namun dia masih mempunyai keberanian untuk bermain piano bertemankan Teacher Illy daripada Illy Piano Academy (IPA Edcuation).

Aafiyah memainkan dua buah lagu semasa persembahan tersebut iaitu, Bloody Mary daripada Lady Gaga dan sebuah lagi lagu daripada penyanyi Korea Selatan, Jisoo iaitu Flower.

Semasa lagu kedua dimainkan, Aafiyah sempat menunjukkan tarian terkenal Jisoo dalam lagunya sambil meletakkan bunga di kedua telapak tangannya.

“Alhamdullillah. Aafiyah buat persembahan yang membanggakan ibu. Walaupun nampak pemalu sangat, tapi Aafiyah lakukan yang terbaik siap dengan tarian lagi.

“Extra sikitlah macam ibu dia nak juga element tarian macam itu,” kata TokTi menerusi kapsyennya.

Gelagat Aafiyah dan adiknya, Afwa, sentiasa menjadi perhatian ramai khususnya warganet di media sosial yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

Sumber: Facebook Habib

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*