Kecoh remaja 14 tahun menyamar jd doktor.. Sekali Ini kata2 Ibu buat ramai sebak..

Belalang bingung dan cuak apabila membaca laporan seorang remaja wanita berusia 14 tahun ditahan polis kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, beberapa hari lepas.

Setahu Belalang, setiap hospital memiliki barisan pengawal keselamatan paling cerewet dan tegas di setiap pintu masuk bangunan. Prosedur masuk hospital juga amat ketat. Bukan mudah hendak masuk bangunan hospital, wad apatah lagi bilik kecemasan tidak tentu pasal.

Insiden ini menimbulkan persoalan terhadap tahap kawalan keselamatan hospital sehingga mudah dibolosi orang awam apatah lagi remaja yang kalau masih bersekolah, baru berada di Tingkatan Dua. Gadis ini menyamar seperti perisik dalam filem perisikan Hollywood.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, beberapa hari lepas. – Foto Bernama

Kementerian Kesihatan (KKM) perlu lakukan sesuatu untuk elak insiden berulang kerana ia menyentuh soal keselamatan nyawa dan kesihatan manusia.

Malu rakyat Malaysia masih liat kibar Jalur Gemilang

Tinggal 20 hari lagi kita akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-67 tetapi Belalang perhatikan semangat rakyat kita hendak menyambutnya masih hambar.

Belalang lihat hanya pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi awam Pusat dan negeri serta sebahagian syarikat swasta komited mengibarkan Jalur Gemilang di jalan utama dan bangunan pentadbiran mereka.

Akan tetapi kalau dilihat di taman perumahan terutama kawasan penempatan elit dan mewah, rumah kediaman tinggi seperti pangsapuri serta kondominium, tidak banyak Jalur Gemilang berkibar atau boleh dibilang dengan jari jumlahnya.

Tidak susah sebenarnya hendak dapatkan Jalur Gemilang dan harganya tidaklah begitu mahal sangat. Banyak kedai menjualnya di bawah harga RM10.

Akan tetapi jika tiada rasa semangat patriotik kepada negara atau anggap ia kerja kerajaan sediakan Jalur Gemilang, kita patut malu jadi warganegara Malaysia jika tidak kibarkan bendera kebanggaan negara di kediaman sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*