Cyst dalam r4him meng3cut, Jasmin Hamid Iega bebas k4nser

Pelakon Jasmin Hamid mampu menarik nafas lega apabila dimaklumkan masalah cyst dihadapinya sebelum ini bukan kanser rahim.

Jasmin, 50, berkata, ketumbuhan yang terdapat pada bahagian rahimnya itu juga semakin mengecil malah doktor tidak menyarankan dia melakukan pembedahan membuang cyst.

“Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini… Doktor maklumkan saya bebas kanser rahim.

“Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut.

Perubahan fizikal Jasmin sebelum ini disebabkan masalah cyst dan hormon tidak stabil.

“Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu,” katanya.

Jasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.

Bagaimanapun kata pelakon itu, dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.

Tidak hanya itu, doktor turut memaklumkan tahap kesihatannya juga semakin menunjukkan peningkatan.

“Doktor beritahu kesihatan saya semakin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas daripada kanser rahim.

“Alhamdulillah ini semua dnegan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya,” ujarnya.

Jasmin lega bebas kanser rahim yang menjadi ketakutan golongan wanita.

September lalu Jasmin mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya.

Kata Jasmin, dia tergores hati dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya.

Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.

Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.