Terlupa Beg Atas But Kereta, Lelaki Kemurungan Duit RM30,000 Terabur Atas Jalan

Seorang pemuda mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanyaterjatuh dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Lak Lok, Jertih pagi semalam.

Menurut laporan BERNAMA, difahamkan Wan Ibrahim Wan Leh, 24, terlupa telah meletakkan beg kain berisi wang tunai tersebut atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank bagi melakukan simpanan.

Ibu Wan Ibrahim iaitu Che Safiah Abdullah, 63, berkata, anaknya itu kini mengalami kemurungan dengan berkurung di dalam bilik apatah lagi wang itu dikumpul selama empat tahun hasil bekerja sebagai tukang gunting.

“Lebih menyedihkan Wan Ibrahim, wang itu untuk membeli kereta sendiri sebab kereta yang digunakan sekarang milik kakaknya dan dia mahu jelaskan hutang dan upah haji arwah bapa kandung dan bapa tirinya,” kata Che Safiah.

Bercerita lanjut, dia berkata anaknya yang masih bujang itu ingin membersihkan bahagian dalam kereta terlebih dahulu sehingga terlupa bahawa beg berisi wang ada di atas but kereta.

Lebih menyedihkan apabila anaknya hanya menyedari perkara itu sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok.

“Setiba di situ beberapa orang awam yang membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya, menyerahkan balik wang kepada anak saya berjumlah sekitar RM30,000.
“Namun ada individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai mengambil wang itu.
“Anak saya kemudian pergi membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut dan kami berharap agar mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada keluarga saya,” ujarnya.

Che Safiah berkata, kejadian terbabit turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai berhampiran.

Sekeping gambar dan CCTV dipercayai berhubung kejadian berkenaan tular dalam group Info Berita Semasa yang dimuat naik seorang pengguna laman Facebook.

Sumber: BERNAMA, Facebook Info Berita Semasa, ohmymedia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*