Setiap ibu yang sedang hamil pastinya mendoakan bayi dalam kandungan mereka dapat dilahirkan dengan sihat dan selamat.
Namun bagi Siti Munirah Mukhizan, 28, dia reda apabila bayi dalam k4ndungannya disahkan meng4lami kekur4ngan f1zikal.
Menerusi v1deo tular, wanita itu mengimbas semula kisah anak keduanya, Muhammad Noah Malique yang dilahirkan t4npa j4ri pada tarikh 8 Julai 2021.
Noah kini membesar sebagai kanak-kanak yang ceria dan sihat.
“Masa awal kandungan, bayi dalam keadaan baik. Saya dah buat imbasan dua dimensi (2D). Kemudian masa kandungan nak masuk tujuh bulan, saya tempah untuk buat imbasan USG lima dimensi (5D) di klinik swasta untuk tengok wajah bayi.
“Masa tu, jururawat check di tempat sama berulang kali, macam nak memastikan sesuatu. Dia tanya, ada tak saya makan apa-apa ubat atau suplemen selain ubat dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)?
“Saya cakap tak ada. Dalam hati saya dapat rasa sesuatu yang buruk. Jururawat kata anak saya tiada j4ri dan tapak tangan. Saya hanya mampu menangis seolah-olah saya gagal jaga kandungan. Saya keluar klinik dengan perasaan sedih,” imbasnya ketika dihubungi mStar.
Sekarang umur Noah dah setahun 11 bulan, dia nampak bijak dan cerdik… jenis cepat belajar.
SITI MUNIRAH MUKHIZAN
Menurut wanita yang mesra disapa Munirah itu, dia bagaimanapun cuba berfikiran positif dan enggan mempercayai 100 peratus hasil imbasan daripada klinik berkenaan.
Namun, igauannya itu bertukar realiti selepas dia selamat melahirkan anak keduanya dan si cilik itu disahkan tidak mempunyai j4ri pada tangan kanannya.
“Sampai hari bersalin, saya selalu berdoa mengharapkan keajaiban. Masa lahir, saya tengok dia tetap tak ada j4ri. Mula-mula memang sedih. Dalam pantang pun saya sedih memikirkan nasib dia pada masa akan datang.
“Tapi saya reda dan terima segala ketentuannya. Masa lahir tu juga, saya dapat tahu anak saya ada masalah j4ntung berlubang. Tapi Alhamdulillah, lubang pada j4ntung dah tertutup dan dia sihat walafiat.
“Sekarang umur anak kedua saya dah setahun 11 bulan. Dia nampak bijak dan cerdik. Jenis cepat belajar,” cerita suri rumah yang menetap di Puchong, Selangor itu.
Dalam pada itu, Munirah turut berterima kasih kepada netizen yang menitipkan doa serta kata-kata semangat buatnya menerusi laman TikTok.
Munirah bersama suami dan dua anaknya.
Sehingga kini, video yang dikongsinya menerima hampir sejuta tontonan.
“Terlalu banyak komen positif. Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak atas segala doa dan kata-kata semangat yang diberikan, tak terbalas segala komen yang ada.
“Semoga Allah dapat balas segala kebaikan kalian,” ujar wanita itu lagi.
sumber: mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply