“Tok Kau Punya Tempat Ke?” Peniaga Baru Dimarahi Peniaga Lama, Isu Tapak Jualan

Jangankan perniagaan berskala besar, perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan pun tidak terlepas daripada budaya persaingan tidak sihat antara sesama peniaga. Sihir dan hasad dengki seakan menjadi adat biasa dalam dunia perniagaan. Namun itulah asam garam yang terpaksa ditelan oleh golongan peniaga dalam mencari pendapatan sehari-hari.

Tahu tempat aku…Orang dah berapa lama…Tok kau punya tempat ke?

2 hari lalu, seorang peniaga nasi lemak juga sempat berkongsikan situasi bagaimana dia tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang dipercayai sebagai peniaga lama di tapak perniagaan tersebut. Tiada angin tiada ribut, lelaki terbabit mula bercakap dengan intonasi kurang ajar dan menunjukkan rasa tidak berpuas hati kerana peniaga baru itu membuka gerai di tapak berkenaan.

Mungkin bukan rezeki saya nak berniaga di tapak sekarang ni

Jelas empunya video, sebelum ini gerai lelaki itu tidak dibuka. Namun setelah melihat dia baru mula berniaga di sana, lelaki berkenaan tiba-tiba membuka semula meja niaganya. Meskipun diasak dengan ayat-ayat berunsur provokasi, peniaga baru ini tenang mengawal perasaan, pasrah untuk beralih dari situ dan menganggap mungkin bukan rezekinya untuk terus berniaga di sana.

@sitamsompek

Mungkin bukan rezeki saya nak berniaga di tapak sekarang ni…bila bangsa sendiri tak support kita…stall dah tak buka tiba2 nampak orang baru meniaga terus buka siap ada table…#fyp #trending #peniagajalanan #peniagakecil #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE

♬ original sound – Si Tam Manis – Si Tam Sompek

Moga abang dimurahkan rezeki di tempat lain selepas ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen cukup geram mendengar komunikasi yang berlangsung antara 2 peniaga tersebut. Pun begitu, mereka mendoakan yang terbaik buat peniaga baru tersebut.

Sumber: TikTok Si Tam Sompek / KisahDunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*