Tular di media sosial hari ini kehilangan seorang lelaki dikenali sebagai Nidza Afham selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
Adik mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 4.22 pagi selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Terbaharu, Buletin TV3 melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah menemui mayat seorang lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mayat lelaki yang dijumpai itu memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai adalah milik Nidza Afham.
Leave a Reply