Tak Sanggup Isteri Terus Dipersalahkan, Ubai Tampil Dedah Masalah Keluarga Shila

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ tampil mendedahkan perbuatan keluarga terhadap isterinya.

Menerusi perkongsiannya di platform X, Ubai memberitahu Shila terpaksa mengikut telunjuk dan menanggung keluarga sejak kecil termasuk perkahwinan pertamanya.

“Bekerja diawal usia 10 tahun. Tidak pernah pegang duit, kad bank dan ic sendiri sehingga usia 28 tahun.

“Berkahwin atas pilihan keluarga. Mental dan fizikal abuse dalam tempoh 3 tahun perkahwinan.

“Tanggung bekas suami. Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga,” katanya.

Sementara itu, dia mengatakan isterinya tiada tempat untuk mengadu masalah sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal Shila.

“Dia sendiri. Tiada yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain. Ramai yang cerca dan hina. Hanya dia tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya.

“Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah. Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja.

“Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya,” katanya lagi.

Selain tidak dipedulikan, Shila terpaksa akur dengan kehendak keluarga kerana tidak mahu menjadi anak derhaka.

“Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab “itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka”.

“Kesihatan mental dan fizikalnya tiada siapa yang tahu dan peduli. Trauma yang dia hadapi, perlu dilupakan dengan cara paksa kerana itu saja pilihan yang dia ada. Ya, paksa,” jelasnya.

Tambah Ubai, perkahwinan kedua tidak mudah buat isterinya selepas kehilangan ibu mertua dan adik ipar sebagai tempat untuk mendengar luahan hatinya.

“Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Juga tidak mudah untuk dia.

“Dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sebentar. Dia kehilangan ibu mertua dan adik iparnya. Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar.

“Beberapa hari sebelum bernikah, kehilangan ibu mertua. Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dah penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain.

“Ini lah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali,” ujar Ubai.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*