Cara Islam, yang meminta maaf dan memaafkan perlu ikhlas dan sama-sama merendahkan diri. Bukannya sampai menjatuhkan maruah orang lain.
Ohmedia tertarik dengan teguran penceramah bebas, Ustaz Syamsul Debat yang mengulas tentang isu meminta maaf sehingga disuruh melutut.
Kata Syamsul, meminta maaf dan memaafkan adalah perkara paling mulia di sisi Allah namun paling berat untuk dilakukan.
Selalu dalam ceramah, saya cakap minta maaf dan memaafkan ini syaratnya satu saja iaitu tidak perlu ada sebarang syarat.
Maknanya, kalau hendak memaafkan orang, jangan letak syarat. Contohnya ramai orang kita ini kalau minta maaf kena macam tu atau macam ini sedangkan itu bukan caranya.
Tak kisah hendak meminta maaf itu secara terbuka tetapi jangan sampai memalukan orang kerana Islam tak ajar macam itu.
Mungkin kita hendak cerita dekat orang lain dia itu buat apa, tetapi apa yang lebih penting kita hendak pelaku itu meminta maaf.
Bukan bermakna yang meminta maaf itu juga perlu meletakkan diri sampai macam itu sekali kerana sepatutnya pihak yang memaafkan juga perlu sama-sama merendahkan diri.
Semoga teguran ini bermanfaat dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.
Kredit: Harian Metro
Leave a Reply