Makeup Hauk, Pengantin Kecewa Guna Servis MUA Yang Merupakan Keluarga Sendiri

Selain busana, pelamin mahupun khidmat jurugambar, aspek solekan di hari bahagia menjadi perkara paling penting buat bakal mempelai wanita. Walaupun harganya mahal, ada yang sanggup mengupah MUA idaman mereka untuk tampil menawan di hari persandingan. Malangnya bagi seorang pengantin ini, dia mengalami satu kejadian yang benar-benar mengecewakan.

Proses menghapuskan solekan akad nikah yang disolek oleh MUA lain

Melalui perkongsian jurusolek yang mesra digelar MUA Iera, awalnya dia menerima job untuk servis solekan majlis resepsi. Walau bagaimanapun, solekan yang diaplikasikan atas wajah pengantin untuk acara akad nikah benar-benar mengejutkan MUA Iera. Jelas pengantin, solekan tersebut adalah hasil air tangan seorang MUA lain yang merupakan keluarga terdekatnya sendiri.

@ieramakeup

Sebelum di makeup untuk resepsi di hapus dulu makeup akad yg di makeup MUA LAIN Yang katanya family dari pengantin 😃😃😃 #mua #makeupresepsi #fypdongggggggg

♬ عاشق مجنون لحن مجنون – Bos Hintalo

Sebelum buat makeup bersanding, hapuskan dulu makeup akad nikah

Solekan akad nikah yang seharusnya menonjolkan sisi keayuan pengantin perempuan malah bertukar sebaliknya. Pemilihan bulu mata palsu yang terlalu galak, warna eyeshadow dan pemerah pipi yang sangat terang serta pemakaian foundation yang langsung tidak sesuai dengan tona asal kulit pengantin. Tidak cukup dengan itu, lipstik ala-ala ombre pada bibir pengantin juga mempunyai finishing yang tidak kemas.

Perkongsian ini atas izin pengantin…Calon pengantin perlu hati-hati cari MUA

Menurut MUA Iera, pengantin sendiri telah memberikan keizinan untuk berkongsikan kejadian ini sebagai pengajaran buat orang-orang di luar sana. Dia berpesan agar bakal-bakal pengantin dapat lebih berhati-hati dalam proses memilih servis MUA hatta daripada orang terdekat sekalipun.

sumber: kisahdunia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*