SEKIAN lama mendiamkan diri, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah kembali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video membotakkan rambutnya di Instagram.
Perkongsian Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin,34, menjadi bualan pengikut selepas hampir sembilan bulan tidak memuat naik sebarang hantaran di laman berkenaan.
Nonny berkongsi video transformasi membotakkan kepala.
Dalam video itu, Nonny dilihat membuka bajunya dan hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak mencukur rambutnya dengan mesin pencukur.
Tindakan Nonny itu meraih ribuan tanda suka dan menerima ratusan ribu tontonan selepas sejam di muat naik.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan aktres itu membotakkan rambutnya sama ada bagi memenuhi tuntutan watak untuk projek terbaharu atau sebaliknya.
Pada Disember tahun lalu, Nonny memaklumkan dirinya kembali membuka tudung selain meluahkan rasa kesal kerana dirinya disihir oleh seseorang yang dikenali.
Leave a Reply