Isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim dilihat sering berkongsi tentang keperibadiaan arwah suaminya di media sosial.
Tolak riba
@zyannys Allah lindungi family arwah ss moga kita semua dapat mengambil pengajaran dalam meluruskan tauhid lagi aamiin yrba kematian khusnul khotimah @inasuhaimi78 #inanaim #suhaimisaad
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Naim mendedahkan bahawa dia pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat kerana tidak meratapi pemergian arwah suaminya.
Menurut Ina, dia tidak menangis kerana baginya arwah Suhaimi meninggal dunia dalam keadaan yang baik.
Ada orang cakap, ‘dia ni memang gila, tak betul..laki mati tak menangis’.
Nak buat apa kita menangis di atas kematian suami? Lainlah kalau suami meninggal dalam keadaan mati katak atau buat maksiat..yang itu kita sedih.
Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) para malaikat, bidadari dan Allah sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak ini berkata dia akan sentiasa mengingati pesanan arwah suaminya iaitu menghindari riba.
Benda yang dia sangat jaga daripada muda adalah nak membeli barang. Alhamdulillah terhindar daripada segala riba termasuk telefon, penapis air, tilam, rumah.
Dia pesan dekat saya kalau nak beli barang, belilah secara tunai kalau tak ada sabar tunggu..Allah akan bagi. Jangan ambil riba, riba adalah musuh Allah.
Allah tak suka mereka yang ambil riba, mereka yang ambil riba dia seolah-olah sedang berperang dengan Allah.
Terdahulu, kesihatan Suhaimi dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: TikTok
Leave a Reply