“Satu Habuk Pun Saya Tak Faham, Suara Tak Sedap..” – Datuk Syafinaz Tervk Dikec4m Warganet

Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka apabila persembahannya di Konsert Ini Baru Bintang 3 RTM yang berlangsung baru-baru ini telah dikritik.

‘Saya sendiri masih belajar’

Menerusi temu bual bersama Hlive, Syafinaz berkata setiap teguran yang diberikan netizen akan diambil untuk memperbaiki dirinya.

Malah, penyanyi berusia 50 tahun itu berkata dia masih mengambil kelas latihan vokal dengan seorang guru dari Jerman bagi memantapkan lagi mutu kualiti suaranya.

Kalau netizen kata tak sedap, saya terima. Saya belajar daripada kesilapan saya sendiri. Saya belajar daripada apa yang peminat katakan. Sebab itu saya masih belajar.

Saya ambil secara online dengan seorang guru oprah dari German. Itu yang saya buat, sebab tiada orang di Malaysia yang boleh bantu saya. Kalau perlu bayar saya bayar.

Pada saya pembelajaran sangat penting, di usia saya begini pun saya masih menuntut ilmu. Saya cuba terbaik yang saya boleh.

Ketika disoal adakah kecaman yang diterima sebagai satu karma disebabkan dia sering memberikan komen sewaktu duduk di kerusi juri, Syafinaz menjawab muzik bersifat subjektif.

Pada saya, muzik itu besar, terpulang pada seseorang untuk suka atau tidak, ia subjektif, kadang orang suka kadang tidak. Saya okay dengan kritikan orang.

Macam semua lihat saya duduk di kerusi juri memang saya kritik dan dalam masa sama saya berikan juga nasihat dan solusi kepada peserta, terserah kepada mereka mahu dengar atau tidak.

Kalau saya rasa kritikan netizen betul saya akan ambil dan perbaiki diri saya. Apa pun netizen kata tidak akan menyakiti saya.

Terdahulu, Syafinaz antara penyanyi yang membuat persembahan dalam Konsert Ini Baru Bintang 3 RTM yang bersiaran secara langsung di TV2 baru-baru ini.

Pada konsert tersebut, Syafinaz menyampaikan beberapa lagu hits miliknya termasuk Persis Salju. Bagaimanapun, persembahanya telah dikecam netizen apabila dikatakan kurang sedap.

VIDEO

@radiotelevisyenmalaysia

Bak kata Awal Ashaari tadi, Ratu Juri Malaysia. Siapa sempat tengok Awal usik Datuk Syafinaz tadi? 🙋🏻 #KonsertIniBaruBintang3 #IniBaruBintang #BintangRTM #BRTM2024

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*