Baru-baru ini tular di media sosial dua jemaah Haji wanita dari Indonesia yang dilihat duduk bersila di kawasan tempat berehat dan mengambil peluang untuk berniaga makanan.
Menerusi rakaman tersebut kedua-dua wanita yang didakwa berasal dari wilayah Madura itu duduk di kawasan tempat berehat dipercayai di Padang Arafah.
Malah mereka juga turut dilihat membawa peralatan seperti cobek serta bekas bungkusan sendiri dan dengan selamba menjual rojak di tepi jalan di Padang Arafah. Bukan itu sahaja, kawasan sekitar tempat mereka berniaga itu juga dilihat begitu kotor dengan sampah sarap merata-rata dan bertaburan.
Netizen turut mempersoalkan dan tertanya-tanya sama ada Indonesia mempunyai mutawif atau institusi yang dipertanggungjawab untuk menjaga jemaah di sana atau tidak.
Tidak semua orang mampu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Oleh itu ambillah peluang tersebut untuk menunaikan ibadah Haji dan umrah dengan sebaik-baiknya.
Leave a Reply