[VIDEO] Wanita Kongsi Momen Pilu Sambut Mak Pulang Haji Tanpa Bapa Di Sisi – ‘Pergi Berdua, Balik Sendirian’

Seorang wanita mencuri perhatian apabila berkongsi momen dirinya bersama adik-beradik yang lain menyambut kepulangan ibunda tercinta mereka pulang daripada menunaikan ibadah haji di Makkah.

‘Pergi berdua, balik sendirian’

@wanie_zaidie8510

Alhamdulillah mak dah selamat smpai dalam dakapan kami anak2 nya pada 29.06.2024🥰 Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2. Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah🥰Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga🥰 Walaupun mak nmpk kuat secara fizikalnya, tapi kami smua tau mak berusaha melawan dgn emosi dalam sanubari. Mak jgn risau, sampai kiamat kami 6beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayang mak sgt2. Tiada sapa yg boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hnya ada mak di bumi ini🤍 Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga smuanya baik2 dan indah2 sahaja. InsyaAllah🤍🤍🤍 Hasbunallah wanikmal wakeel…. #kenanganhaji1445H #haji1445H #hajimabrur #hajidanhajjah #jemaahtabunghaji #tabunghajiterbaik #makjugainsanhebat #sayangmak #alfatihahayah #fyp #fypage

♬ original sound – Wanie_zaidie8510 – Wanie_zaidie8510

Menerusi hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Wanie Zaidie meluahkan rasa syukur apabila ibunya selamat sampai di lapangan terbang selepas selesai melakukan rukun Islam kelima itu.

Dapat dilihat, ibu kepada Wanie mendakap dirinya dan adik-beradiknya yang lain dalam keadaan hiba selepas lebih sebulan tidak bersua muka.

Apa yang mencuri perhatian ialah, Wanie memaklumkan bahawa bapanya yang turut sama pergi menunaikan ibadah Haji bersama ibunya kini sedang berada di syurga menunggu mereka sekeluarga.

Alhamdulillah mak dah selamat sampai dalam dakapan kami anak-anaknya pada 29 Jun 2024.

Alhamdulillah mak sihat dan baik-baik saja cuma ada sedikit batuk-batuk.

Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah, mak kata ayah tengah tunggu kita semua di syurga.

Ayah ‘pergi’ selepas 32 hari ke Makkah

@wanie_zaidie8510

Ayah pergi dan takkan pernah kembali lagi!!!!😭😭😭 12.05.2024 Ayah dijemput ke Tanah Suci. Buat pertama kalinya ayah melangkah kaki ke Tanah Haram, dan pertama kali jugak dlm hidup ayah naik flight🥹Bukan tak pernah ajak dia berjalan naik flight, tp dia kata ayah nk naik p haji ja nnti😁 Ayah sgt seronok smpai xmau mkn dh kat rumah. Kalut nak p kompleks tabung haji dah. Sempat ayah jamah bihun grg yg anak mnakan dia bawak ptg tu. Alhamdulillah. Sepanjang 6hari di Madinah, ayah sgt sihat dan kuat. Sempat shopping mcm2 utk anak mnntu cucu2 di buki Malaysia. Lps beli trus pos balik😅. Ayah manusia yg xpernah berkira bab duit atau apa2 saja. Sentiasa mmyantuni xkira sapa. 18.05.2024 Smpai Mekah. Ayah sempat buat umrah sbnyak 2 kali. Ibadah umrah juga merupakan ibadah pertama kali dlm hidupnya. Smuanya pertama kali☺️(naik flight,umrah,haji, jejak kaki ke Tanah Haram). Ayah demam 2 kali di Mekah. Dan pada 06.06.2024 juga pertama kali dlm hidup ayah mndapat serangan jantung!!!Allahurabbi.. Di saat jauh dr anak2 dan sgalanya🥹 13.06.2024 Ayah dijemput Ilahi ke negeri abadi buat selama2nya🥹🥹🥹😭😭😭. Kami redha dan ikhlas!!!!seikhlasnya!Ayah insan teepilih. Insan hebat. Insan teristimewa🥰🥰🥰 Kami sayang ayah. Kami rindu ayah. Rindu serindu rinnndunyaaaaa😭😭😭 #kenanganhaji1445H #jemaahtabunghaji #haji1445H #tabunghajiterbaik #ayah #pergitakkembali #sayangayah #syurgabuatayah #insanterlaluistimewa #alfatihahbuatayah

♬ Pelita Dalam Do’a – Raffa Affar

Sementara itu, menerusi hantaran lain, Wanie berkongsi hantaran memaparkan ibu dan bapanya yang berangkat ke Makkah pada 12 Mei 2024 sebelum mendapat perkhabaran mengenai pemergian bapa tercintanya itu pada 13 Jun 2024.

Di akhir hantaran, Wanie berjanji bahawa dia dan adik-beradik yang lain akan terus menjaga ibu tercintanya itu dan berdoa agar segala urusan arwah bapanya di negeri abadi dipermudahkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat perkongsian Wanie itu dan mendoakan agar roh arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Komen netizen

Sumber: TikTok wanie_zaidie8510

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*