SEORANG pekerja p hailing mengaku sengaja membakar kereta peronda polis bantuan sehingga rentung di tepi kawasan stesen bas berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Selangor pada awal pagi Khamis.
Menerusi video tular di laman TikTok, lelaki berkaca mata itu memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan rentung tersebut.
Berpelakuan biadab dan didakwa sengaja mencabar anggota penguat kuasa, lelaki terbabit turut meninggalkan tanda pagar #polistakdekeje pada hantaran berkenaan.
“Done bakar kereta polis, puas hati aku,” demikian kapsyen dalam video terbabit.
Leave a Reply