“Ramai sayangkan kau..”- Suasana sedih sayu di majlis pengebumian Arwah Badrul. Ini yang terjadi..

Jenazah pelakon Allahyarham Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda sekitar jam 9.45 pagi ini.

Jenazah Badrul yang meninggal di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi semalam dibawa ke Kuala Lumpur jam 7.40 petang dan tiba di Masjid Al-Hidayah, Sentul jam 12 tengah malam tadi.

Jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan oleh lebih 100 jemaah termasuk rakan-rakan industri.

Antara yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, rakan pelakon antaranya Azhar Sulaiman, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Datuk Fauziah Nawi dan Didie Alias.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhayati Zulkapli yang baru dinikahi pada 18 April lalu.

Badrul juga meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinan terdahulu dengan Julia Daud masing-masing berusia 14 dan 16 tahun.

Badrul memulakan langkah dalam bidang lakonan menerusi filem Riang Tirana pada 1990 dan Harry Boy pada 1991.

Dia kemudian mendiamkan diri agak lama dan kembali aktif berlakon sekitar tahun 2000.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*