Pelakon Fathia Latiff, 36, memberi amaran sekiranya dia murtad dan keluar agama selepas ini adalah berpunca daripada tekanan netizen.
Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff geram dan sakit hati apabila sering menerima kritikan melampau daripada segelintir individu di dalam media sosial.
“Satu benda saja aku nak cakap, korang (kalian) jangan sampai aku keluar agama sebab korang tau. Aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir kerana bengang dengan kalian,” katanya di TikTok.
Pelakon Ariana Rose itu juga berkata, tiada guna seseorang itu melakukan ibadah sekiranya tetap menghina saudara sesama Islam yang lain.
“Aku tak berdosa. Korang ini yang akan masuk neraka sebab paksa-paksa aku, jangan sampai korang beribadah 100 tahun pun tak guna tau. Sebab korang buat seorang saudara atau saudari korang jadi macam ni.
“Buat orang marah, sakitkan hati. Allah boleh maafkan, tapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan, salam Ramadan lah,” katanya.
Terdahulu nama Fathia mencetuskan perdebatan ramai selepas melakukan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.
Tidak terhenti di situ, dramanya bergaduh itu berlanjutan pula dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie juga menjadi bualan hangat netizen.
Malah, ramai yang beranggapan Fathia memang mengalami gangguan masalah mental, walaupun dia menafikan serta menegaskan bahawa dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami tekanan.
VIDEO:
@rotikaya.com Korang buli Fathia Latiff kenapa? Dia sampai nak tukar agama ni 👀
Leave a Reply