Syarikat kini milik Aisyah Hijanah, Alif Teega tak anggap isteri tamak tapi memang layak – “Sepatutnya buat sebelum poligami”

PEMPENGARUH media sosial dan usahawan Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila kes harta sepencarian yang dibicarakan di mahkamah akhirnya selesai.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan bersama suami iaitu Alif Teega kini miliknya.

“Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.

Aisyah mendapat hak milik sepenuhnya dalam syarikat.

“Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim.

“Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya ketika ditemui mStar.

Aisyah memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas perbicaraan kes berkenaan pada pagi Isnin.

Dalam pada itu, Alif berkata, pemberian syarikat tersebut kepada isteri pertamanya itu bukan menunjukkan wanita itu seorang yang tamak.

Sebaliknya kata Alif, Aisyah layak mendapat hak penuh syarikat tersebut memandangkan ia diuruskan sendiri olehnya.

“Apa yg kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak, nak bolot semua.

Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat

“Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” ujarnya.

Ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua dikenali sebagai Fatin, Alif berkata, dia mempunyai bahagian yang tersendiri.

“Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, dia (Fatin) tidak dapat apa. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat.

Aisyah dan Alif bersama dua anak mereka.

“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua tak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” ujarnya.

Sebelum ini, Aisyah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami telah dipindah milik penuh kepada dirinya.

Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

Dalam pada itu, Aisyah turut berkongsikan berita gembira apabila bakal melahirkan anak ketiganya pada Mac.

“Alhamdulillah bulan depan Aisyah akan bersalin bayi perempuan. Pada awalnya pergerakan bayi sedikit perlahan. Akhir-akhir ini semakin baik,” katanya.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*