Siasatan Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan Sudah Lebih 90 Peratus Siap, Tangkapan Suspek Dalam Masa Terdekat

Senyap tidak bermakna siasatan kes bunuh adik Zayn Rayyan terhenti. Untuk pengetahuan korang, siasatan kes ini sudahpun melebihi 90 peratus dan penangkapan suspek akan dilakukan pihak PDRM dalam masa terdekat.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin selepas anggotanya berjaya mengumpulkan segala maklumat risikan dan bahan bukti.

PDRM usaha cari motif pembunuhan…
Kita sekarang ke arah mengumpulkan risikan-risikan untuk memulakan tangkapan ke atas suspek-suspek yang kita agak mempunyai lebih 50 peratus keterangan yang berdekatan.

Motif sangat penting. Kalau kita lihat Allahyarham Zayn Rayyan ini budak 6 tahun. Kita tak tahu motif untuk dia dibunuh, sedangkan dia kanak-kanak Austime.

Untuk tindakan seterusnya, Tan Sri Razarudin tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula ahli keluarga dan saksi untuk membantu siasatan.

Kredit: Buletin TV3

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*