Masih lagi panas sehingga ke hari ini dengan isu rumah tangga pasangan yang runtuh akibat ‘orang ketiga’.
Baru-baru ini, pempengaruh TikTok Hajar Hanif telah mendedahkan tentang kes kecurangan suaminya, Mikhail menerusi akaun TikToknya.
Menerusi perkongsian video itu , Hajar merakam Mikhail ketika melakukan konfrontasi di rumah mereka dan berkata suaminya ada membawa perempuan lain dalam rumah ketika ketiadaannya.
Apa yang lagi mengejutkan adalah pendedahan Hajar bahawa sebenarnya sudah bertahun-tahun dia dijatuhkan talak tiga.
Menurut, pempengaruh berkenaan talak tiga itu terjadi kerana beberapa tahun yang lalu Mikhail pernah mengeluarkan perkataan tersebut ketika dia kantoi curang dan berjanji untuk tidak mengulanginya.
Atas sebab cinta, I terima dia kembali. I dijanjikan dan dilafaz ‘kalau i curang, ada nafsu pada mana mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepasni, kita jatuh talak 3.
Terdahulu, seorang pelakon wanita senior yang dikatakan menganggu rumah tangga satu pasangan suami isteri sehingga hampir bercerai berai.
Leave a Reply