Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Marissa dan Aslam dikecam tak jaga hati Umisya

ANAK perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial.

Terbaharu, Marissa, 19, dilihat tampil bersama lelaki dikaitkan dengannya iaitu Aslam dalam satu sesi fotografi bersama untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Dalam rakaman video tular itu, pasangan tersebut mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam dan dilihat mesra ketika sesi fotografi berkenaan.

Marissa masih mengunci mulut berkenaan dakwaan bernikah di Thailand.

Ini merupakan kali pertama pasangan ini muncul bersama di media sosial selepas kecoh dakwaan sudah berkahwin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan muat naik klip video berkenaan yang dianggap tidak menjaga sensitiviti isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.

“Kesian Umisya, tak baik tau mereka ni tak jaga hati Misya.

“Geram pula tengok, macam manalah perasaan Misya bila tengok video ni.

“Melampaulah… kot iya pun jangan ambil kesempatan, ada hati yang perlu dijaga,” tulis netizen.

Hasil tinjauan mStar, video asli berkenaan sudah dipadam oleh jenama tersebut namun sempat direkod oleh netizen dan dimuat naik kembali di aplikasi TikTok.

Sebelum ini tular Aslam makan semeja dengan Umisya.

Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu kepada mStar bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*